fbpx

Seleksi pakaian sukan selesa buat wanita aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hijau limau dan hitam merupakan dua daripada 13 pilihan warna yang ditawarkan di dalam koleksi Cheak.

BAGI sesetengah wanita, pemilihan pakaian sukan tidak terhad kepada keselesaan sahaja, malah mengenai seleksi warna-warnanya.

Percaya atau tidak, warna tertentu sebenarnya mampu menaikkan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara termasuk aktiviti senaman.

Menyedari hakikat itu, jenama ulung bagi seleksi busana wanita di Asia Tenggara, Love, Bonito mengorak langkah dengan memperkenalkan kategori baharu iaitu pakaian sukan khas buat golongan Hawa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito, Dione Song, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan jenama pakaian sukan dikenali sebagai Cheak.

Katanya, Cheak bertepatan dengan misi Love, Bonito dalam memenuhi keperluan pakaian asas wanita.

“Sebagai sebuah jenama yang diasaskan oleh wanita, misi jangka panjang kami adalah untuk menjadi rakan kehidupan bagi komuniti wanita di Asia.

“Selain busana sedia ada, kami sudah lama ingin memperkenalkan sesuatu yang baharu buat wanita iaitu pakaian sukan,” katanya.

Tambah Song, kerjasama bersama Cheak adalah bertepatan dengan hasrat Love, Bonito untuk memperkasakan lagi evolusi perniagaan atau jenama yang diasaskan oleh wanita.

“Cheak dipilih memandangkan ia diasaskan oleh dua wanita iaitu Olivia Yiong dan Tiffany Chng.

“Jenama ini melambangkan personaliti pemakai Love, Bonito yang ceria, kuat dan berkeyakinan, namun pada masa sama masih tahu cara tepat untuk berseronok,” katanya.

Cheak menampilkan seleksi pakaian sukan seperti sports bra, leggings, biker short dan dres tenis yang bukan sahaja selesa tetapi cukup menawan.

Kesemua koleksi Cheak didatangkan dalam 13 pilihan warna memikat seperti hijau limau, ungu, coklat dan merah jambu lembut yang sesuai buat semua warna kulit sama ada cerah mahu pun sawo matang.

Koleksi Cheak didatangkan dalam pilihan saiz XS hingga XXL.

Menariknya, koleksi Cheak juga bersifat inclusive apabila didatangkan dalam pilihan saiz XS hingga XXL bagi membolehkan wanita daripada pelbagai saiz menggayakannya.

Rangkaian pakaian sukan tersebut menampilkan produk asas seperti sports bra rekaan biasa dan potongan trendy yang disesuaikan mengikut jenis aktiviti.

Bagi pakaian sukan untuk aktiviti bertekanan tinggi seperti spinning, ia dihasilkan dengan menggunakan fabrik yang cepat kering.

Ia bagi memastikan pemakainya kekal sejuk sepanjang melakukan aktiviti tersebut.

Rangkaian pakaian sukan bagi aktiviti bertekanan rendah seperti yoga dan pilates pula dihasilkan daripada fabrik cukup lembut dengan keregangan yang tinggi.

Ia juga bagi memastikan pemakai kekal selesa ketika melakukan gerakan squat atau regangan.

Seleksi sports bra Cheak juga didatangkan dalam dua jenis iaitu sokongan rendah dan sokongan sederhana mengikut kesesuaian aktiviti sukan.

Jelas pengasasnya, Olivia Yiong, Cheak berhasrat untuk mencetus keyakinan wanita sewaktu menggayakan pakaian sukan menerusi warna menarik dan pilihan fabrik selesa.

“Cheak mewakili wanita yang bercita-cita tinggi dengan gaya hidup yang sibuk,” ujarnya.

Untuk makluman, koleksi Cheak boleh dibeli menerusi laman web Love, Bonito dan Cheak dengan bermula RM149.90 sehingga RM229.90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI