fbpx

Kutipan, bilangan pembayar zakat di Melaka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah pembayar zakat di negeri ini meningkat hampir lima peratus kepada 53,414 orang tahun lalu berbanding 50,953 orang pada 2021.

MELAKA – Jumlah pembayar zakat di negeri ini meningkat hampir lima peratus kepada 53,414 orang tahun lalu berbanding 50,953 orang pada 2021.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kutipan zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pula meningkat kepada RM116.8 juta sepanjang 2022 dan jumlah itu meningkat hampir RM11 juta atau 10.21 peratus berbanding RM106 juta pada 2021.

“Bilangan pembayar zakat meningkat daripada 50,953 orang pada 2021 kepada 53,414 orang pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 4.83 peratus.

“Kita menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini berjumlah RM118 juta,” katanya pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Sulaiman, zakat pendapatan mencatatkan kutipan tertinggi berjumlah RM69.4 juta diikuti zakat wang simpanan sebanyak RM22.4 juta sementara RM16.8 juta daripada zakat perniagaan serta zakat pertanian sebanyak RM57,347.09.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI