fbpx

Internet di IPT tenat, MCMC diminta sedia laporan lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk menyediakan laporan lengkap berhubung isu capaian internet yang disifatkan tenat di institut pengajian tinggi (IPT).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu perlu dibuat untuk memahami kekangan yang dihadapi oleh para pelajar khususnya di IPT sama ada kerajaan atau swasta.

“Saya telah minta MCMC sediakan laporan penuh untuk fahami kekangan dan cari penyelesaian,” katanya ringkas menerusi ciapan di Twitter, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu capaian internet di IPT yang didakwa tenat dan lemah.

Terdahulu, media melaporkan bahawa masalah capaian internet di IPT masih tiada jalan penyelesaian walaupun ada pihak mendakwa kemudahan itu kini semakin baik.

Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2022, Muhammad Noraiman Zulkifli berkata, masih ramai rakyat yang belum dapat menikmati capaian internet yang stabil, khususnya di kawasan luar bandar termasuk penuntut IPT.

“Berdasarkan tinjauan di kolej kediaman Universiti Malaya (UM), hampir seramai 200 responden menunjukkan capaian internet di kolej kediaman masing-masing masih tidak memuaskan, tidak stabil dan kerap hilang.

“Ini sangat menyedihkan kerana walaupun negara bergerak ke arah rangkaian 5G, perkara asas seperti ini masih tidak selesai dan tiada perancangan drastik diambil oleh kerajaan bagi menangani perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI