fbpx
Antara kejayaan Maritim Malaysia selepas mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 200 kilogram daun ketum bernilai RM36,000 ke Thailand di pesisir pantai Kuala Perlis pada 2021.

Daun ketum Malaysia tak laku di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Di sebalik peningkatan kes penyeludupan diesel bersubsidi menerusi perairan negara ke Thailand, tangkapan melibatkan daun ketum dilaporkan berkurangan dengan drastik sejak Jun lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, perkara itu berlaku susulan penurunan permintaan daun ketum daripada negara jiran.

“Ia disebabkan oleh usaha penanaman (pokok ketum) oleh pihak Thailand dan juga pemansuhan kesalahan penggunaan dan penanaman pokok ganja di negara tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Kata beliau, harga pasaran daun ketum sebelum ini boleh mencecah sehingga RM180 seki­logram.

“Bagaimanapun, harga pasaran terkini menurun secara mendadak kepada hanya RM20 hingga RM30 sekilogram,” jelasnya.

Menurutnya, pasaran yang tidak menguntungkan itu telah menyebabkan penyeludupan daun ketum tidak dapat menampung kos tinggi bagi membawa bekalan tersebut melalui jalan laut.

“Keadaan itu menyebabkan penyeludup tidak lagi menyeludup daun ketum ke negara jiran,” ujarnya.

Tambahnya, penurunan ke­giatan penyeludupan daun ketum bukanlah faktor kepada peningkatan kes seludup diesel bersubsidi pada ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN