fbpx

Adele pilih jadi usahawan jenama pakaian dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADELE

PENYANYI terkenal, Adele melebarkan pengaruhnya apabila kini bergelar ahli perniagaan selepas melancarkan jenama pakaian dalam sendiri iaitu 1, 2, Free.

Bahkan penyanyi berusia 33 tahun itu juga akan membawa jenama tersebut ke Amerika Syarikat selepas dilancarkan di negara kelahirannya, England.

Penglibatan Adele menceburi bidang perniagaan pakaian dalam turut mendapat sokongan daripada ramai pihak termasuk pemain industri muzik.

Malah, mereka menyifatkan penyanyi yang popular menerusi lagu Easy On Me itu sebagai seorang wanita bijak memanfaatkan peluang yang ada.

“Saya gembira dengan produk pakaian dalam ini dan berharap agar jenama 1, 2, Free mendapat tempat di hati peminat,” ujar Adele teruja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI