fbpx

Cantiknya, kekasih Aiman Tino ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Aiman dan seorang wanita jadi tanda tanya.

AMBOI, bukan main manja dan mesra penyanyi comel Aiman Tino sambut hari jadi di dalam kereta. Lebih menarik perhatian apabila penyanyi itu dilihat menyambut ulang tahun kelahirannya bersama seorang wanita.

Sudahlah cantik, seksi pula. Sebuah video yang dikongsikan dalam akaun TikTok Syereheife menunjukkan Aiman berada di dalam sebuah kereta sambil tersenyum meniup lilin pada manisan coklat.

Kelibat seorang wanita yang turut berada di dalam kereta tersebut sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah gerangannya?

Adakah itu teman wanita Aiman? Kapsyen yang ditulis seolah-olah mereka sedang dilamun cinta.

“Mulakan tahun 2023 dengan insan yang saya jumpa pada 2019,” tulisnya.

Wah! Kalau betul wanita itu merupakan kekasih Aiman, memang sesuai sangat.

Diva doakan moga-moga kisah cinta kalian berakhir hingga ke jenjang pelamin ya.

DIVA: Tak sabar nak tonton filem baharu Imam yang dibintangi ramai pelakon hebat seperti M. Nasir, Faizal Hussein, Vanidah Imran dan Datuk Rahim Razali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI