fbpx

Piala FA: Howe dilema pilih penjaga gawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUBRAVKA mungkin turun untuk menentang Wednesday pada aksi Piala FA awal pagi esok, manakala Darlow bakal membuat kemunculan pada aksi EFL. – AFP

SHEFFIELD – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berada dalam dilema untuk memilih dua penjaga gol simpanan, Martin Dubravka ataupun Karl Darlow menentang Sheffield Wednesday di Hillsborough awal pagi esok.

Aksi pusingan ketiga Piala FA itu dilihat sebagai masa tepat untuk Howe, 45, merehatkan penjaga gol utama, Nick Pope yang sudah bermain 20 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Penjaga gol England berusia 30 tahun itu turut diberikan kepercayaan menjaga gawang The Magpies sewaktu pusingan ketiga dan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) sebelum ini.

Pilihan kedua sepatutnya menjadi milik Darlow tetapi situa­si Dubravka yang mengaktifkan klausa dalam kontrak pinjamannya bersama Manchester United untuk pulang ke Newcastle memberikan ‘kesukaran’ buat Howe.

Berstatus lebih senior berbanding Darlow, Howe didakwa terpaksa meletakkan Dubravka dalam skuad ketika Newcastle seri tanpa jaringan dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu lalu.

“Kami mengalu-alukan kepulangan Martin (Dubravka) ke sini kerana tiada masalah antara kami. Dia seorang penjaga gol yang hebat, jadi ia satu berita baik buat kami,” kata Howe.

Howe mungkin menyenaraikan Dubravka untuk aksi bertemu Sheffield awal pagi esok dan memberi peluang kepada Darlow beraksi menentang Leicester City pada suku akhir EFL di St. James Park minggu depan.

Ini kerana Dubravka tidak boleh beraksi bersama Newcastle untuk aksi EFL selepas sudah membuat dua penampilan dengan United ketika pusingan ketiga dan keempat menentang Aston Villa serta Burnley sebelum ini.

Difahamkan, salah satu sebab Dubravka mengaktifkan klausa­nya untuk pulang ke Newcastle adalah kerana mahu berhijrah menyertai Leicester City secara tetap dalam jendela perpindahan bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI