fbpx

EPL: Newcastle perlukan dua bek tengah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTMAN (kiri) mengalami kecederaan lutut dan sudah menjalani pembedahan menyebabkan dia terpaksa berehat sehingga sembilan bulan. - AFP

TYNE – Newcastle United merancang untuk menandatangani dua pemain bek tengah pada jendela perpindahan akan datang susulan kecederaan serius dialami Jamaal Lascelles dan Sven Botman

Lascelles dikeluarkan pada separuh masa pertama semasa mencatat kemenangan menentang West Ham pada Sabtu sebelum disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang memerlukannya berehat antara enam hingga sembilan bulan.

Sementara itu, Botman pula baharu sahaja menjalani pembedahan disebabkan masalah kecederaan lutut yang beliau alami pada Oktober 2023 dan akan berehat untuk tempoh yang sama.

Newcastle yang sebelum ini pernah merancang untuk membawa masuk pemain tengah baharu terpaksa menukar rancangan mereka dengan memberi keutamaan kepada pemain di posisi pertahanan tengah serta seorang pemain bek kiri musim panas nanti.

Menurut laporan, pemain pertahanan kiri, Dan Burn terpaksa bertukar posisi pada baki saingan musim ini apabila diarah beraksi di bahagian beka tengah bersama Fabian Schar ekoran kecederaan dua pemain berkenaan.

Sementara itu, Newcastle United juga dikatakan masih bercita-cita untuk mendapatkan khidmat pemain tengah baharu bagi mengukuhkan barisan kesebelasan utama pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI