fbpx

Lelaki bunuh 7 anggota keluarganya sebelum bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN polis berada di luar kediaman di mana seorang lelaki membunuh tujuh anggota keluarganya di Enoch, negeri Utah kelmarin. -- AFP

LOS ANGELES, California – Seorang lelaki menembak dan membunuh tujuh ahli keluarganya termasuk lima kanak-kanak sebelum membunuh diri selepas isterinya memfailkan perceraian, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat kelmarin.

Polis di sebuah kejiranan kecil di Bandar Enoch, negeri Utah menemui lapan mayat termasuk mayat seorang budak lelaki berumur empat tahun selepas menerima panggilan daripada rakan dan saudara mara yang bimbang dengan keadaan keluarga berkenaan.

Seorang jurucakap berkata, anggota-anggota polis menemui mayat tiga orang dewasa dan lima kanak-kanak di sebuah kediaman keluarga pada Rabu lalu, semua mereka mati akibat luka terkena tembakan.

“Bukti menunjukkan suspek membunuh diri selepas membunuh tujuh yang lain di kediaman itu,” kata satu kenyataan dari Bandar Enoch yang menamakan penembak sebagai lelaki berumur 42 tahun, Michael Haight

Mangsa yang mati ialah isterinya, ibu wanita terbabit dan lima anak pasangan itu yang terdiri daripada tiga kanak-kanak perempuan serta dua budak lelaki dengan masing-masing berumur antara empat tahun hingga 17 tahun.

Datuk Bandar Enoch, Geoffrey Chesnut berkata, insiden berlaku selepas kegagalan perkahwinan mereka.

“Kami mendapati bahawa menurut dokumen mahkamah, satu permohonan perceraian difailkan pada 21 Disember 2022 dan ia difailkan oleh si isteri,” kata beliau kepada wartawan.

Enoch merupakan sebuah bandar di kawasan pedalaman barat daya Utah dan didiami oleh sekitar 7,500 penduduk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI