fbpx

Bank Muamalat buka cawangan ke-68 di Indera Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nizar (depan, tiga dari kanan) diiringi Khairul Kamarudin memotong riben sebagai simbolik perasmian cawangan baharu Bank Muamalat di Indera Mahkota.

KUANTAN – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus bergerak proaktif memperluaskan cawangan dengan pembukaan cawangan baharu ke-68 di Indera Mahkota di sini.

Cawangan kelima di Pahang itu akan memberikan perkhidmatan perbankan lengkap kepada kira-kira 248,946 penduduk sekitar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pembukaan cawangan terbaharu itu merupakan sebahagian komitmen Bank Muamalat dalam memperluas dan mempertingkatkan perkhidmatan perbankannya.

“Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi kami semua sempena perasmian cawangan Bank Muamalat Indera Mahkota yang telah memulakan operasi pada 9 Disember lalu.

“Saya berharap dengan sokongan anda sekalian, Bank Muamalat mampu menjadi sebuah institusi perbankan Islam yang relevan serta dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk kehidupan lebih baik bersama,” katanya pada majlis perasmian Bank Muamalat cawangan Indera Mahkota di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

Pada masa ini terdapat lima cawangan Bank Muamalat di Pahang iaitu di Mentakab, Temerloh, Pekan, bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Menurut Khairul cawangan Bank Muamalat Indera Mahkota berada di lokasi strategik yang mana ia berdekatan dengan pusat pentadbiran negeri Pahang yang baharu serta di kawasan perdagangan dan kediaman yang berkembang maju.

Katanya, cawangan terbaharu di Indera Mahkota menyediakan perkhidmatan seperti akaun deposit, akaun pelaburan, pembiayaan seperti pembiayaan rumah, peribadi dan perniagaan pengurusan pelaburan konsumer.

“Untuk makluman sejak cawangan Indera Mahkota ini dibuka hampir sebulan lalu sambutan daripada masyarakat sekitar amat menggalakkan yang mana pihak kami menerima lebih 290 pelanggan baharu dengan jumlah transaksi perniagaan melebihi RM8 juta.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri menyambut baik pembukaan cawangan baharu Bank Mualamat di Indera Mahkota yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

Ujarnya lokasi yang strategik dengan kepadatan penduduk yang tinggi di Indera Mahkota sudah tentu mampu memberi akses terbaik dan menjadi pilihan perbankan penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI