fbpx

Bank Muamalat buka cawangan ke-68 di Indera Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Kamarudin (dua dari kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian cawangan baharu Bank Muamalat di Indera Mahkota baru-baru ini.

KUANTAN – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) terus bergerak proaktif memperluaskan rangkaian dengan pembukaan cawangan baharu ke-68 di Indera Mahkota di sini.

Cawangan kelima di Pahang itu juga akan memberikan perkhidmatan perbankan lengkap kepada kira-kira hampir 250,000 penduduk melalui tawaran perkhidmatan seperti akaun deposit dan pelaburan, pembiayaan seperti pembiayaan rumah, peribadi serta perniagaan pengurusan pelaburan konsumer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pembukaan cawangan terbaharu itu merupakan sebahagian daripada komitmen bank tersebut untuk memperluas dan mempertingkatkan perkhidmatan perbankannya.

“Cawangan Bank Muamalat Indera Mahkota telah memulakan operasi pada 9 Disember lalu.

“Sejak dibuka,  sambutan daripada masyarakat sekitar amat menggalakkan yang mana pihak kami menerima lebih 290 pelanggan baharu dengan jumlah transaksi perniagaan melebihi RM8 juta,” katanya pada majlis perasmian cawangan baharu tersebut di sini baru-baru ini.

Cawangan lain Bank Muamalat di Pahang adalah  di Mentakab, Temerloh, Pekan dan  Kuantan. 

Menurut Khairul, cawangan Bank Muamalat Indera Mahkota berada di lokasi strategik yang mana ia berdekatan dengan pusat pentadbiran negeri Pahang yang baharu serta di kawasan perdagangan dan kediaman yang berkembang maju. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI