fbpx

Tya Arifin ‘rapatkan’ hubungan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYA ARIFIN mendedahkan Mutyara Vgin berjaya menyelamatkan hubungan satu pasangan suami isteri.

PETALING JAYA – Usahawan popular, Tya Arifin tersenyum lebar apabila produk terbaharunya, Mutyara Vgin berjaya menyelamatkan hubungan satu pasangan suami isteri yang tidak didedahkan identiti.

Menurut Tya, 29, dia telah memilih seorang wanita berstatus isteri yang mengakui renggang dengan suami untuk mencuba Mutyara Vgin selama dua bulan secara konsisten.

Kata pemilik nama lengkap Nurtria Wulandari Arifin itu, dia bersyukur kerana Mutyara Vgin telah menjadi salah satu asbab dalam mengembalikan keharmonian rumah tangga.

“Akak ini adalah salah satu pengikut saya yang kita pilih untuk menjadi orang special yang merasa produk baru Mutyara tahun lepas, Mutyara Vgin.

“Sebelum ini, dia berhadapan dengan satu masalah ‘perhubungan’ dengan suami.

“Selepas saya taja Mutyara Vgin selama dua bulan konsisten, kemudian akak kongsi hasilnya, saya rasa bahagia apabila dapat tahu maklum balas sebenar.

“Perasaan bila apa yang kita buat boleh bantu sesuatu yang penting dalam hidupnya, rasanya sangat bahagia,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi TikTok.

Tambah isteri kepada Asyraf Khalid itu lagi, dia sudi untuk menjadi tempat golongan isteri mengadu masalah bagi mendapatkan nasihat atau bantuan.

“Saya sendiri menjalani rumah tangga, bukan baru setahun. Semestinya ada masalah tak kisah suami atau isteri.

“Saya sangat bersyukur dengan adanya produk Vgin dapat membantu menyelesaikan atau memberikan harmoni hubungan suami isteri yang hampir-hampir tidak boleh diselamatkan.

“Alhamdulillah ini juga berkat dengan usaha dan komunikasi juga. Kepada anda di luar sana, jika ada masalah perhubungan dengan suami tetapi tidak tahu nak bercerita dengan siapa, saya ada untuk anda semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tya juga ada sediakan sebuah E-book, 12 tips Bahagia yang boleh ditebus secara percuma menerusi laman sesawang rasmi Mutyara: https://mutyara.com/pages/tipsbahagia.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI