fbpx

Kerajaan disaran kawal kemasukan pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar (dua dari kanan) mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob (dua dari kiri) semasa pelancaran Nazhafah Diri dan Integriti pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kelantan 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. - Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian serius terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 ketika ini termasuk mengawal kemasukan pelancong dari China.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, langkah segera perlu diambil berikutan beberapa negara lain juga telah membuat keputusan untuk mengawal kemasukan pelancong dari China ke negara mereka.

“Jangan kita ulangi kesilapan lalu apabila kita biarkan pelancong-pelancong terutamanya dari China masuk ke negara ini dengan bebas tanpa sebarang kawalan. Akhirnya, kita yang akan menanggung akibatnya.

“Saya minta pihak berwajib lebih-lebih lagi Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa agar mengambil berat perkara ini. Jika perlu, sekat atau kenakan syarat ketat terhadap pelancong dari China,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kelantan 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau turut mencadangkan agar setiap pelancong dari China diwajibkan mempamer sijil vaksinasi sebelum memasuki negara ini.

Menurutnya, pihak yang terlibat juga tidak boleh bergantung kepada pengambilan bacaan suhu badan semata-mata sebaliknya, pelancong yang ingin memasuki negara ini perlu menunjukkan bukti kesihatan mereka.

“Mungkin akan ada pihak mengatakan langkah ini akan menjejaskan pendapatan negara, namun kita perlu mempertimbangkan mana lebih penting. Pendapatan atau kesihatan dan keselamatan negara.

“Kita sudah lihat sepanjang dua tahun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Konon mahu menjaga aspek pelancongan, namun akhirnya ekonomi negara kita terjejas dengan teruk,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri ketika ini tidak boleh mendahului Kerajaan Persekutuan berkaitan tindakan bersifat dasar termasuk dalam soal tindakan menangani Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI