fbpx

Angkara suka tarik rambut, kepala bayi kembar dibotakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan gelagat dua beradik kembar sehingga menyebabkan kepala mereka terpaksa dibotakkan.

PETALING JAYA – Gara-gara gemar menarik rambut, seorang ibu terpaksa membotakkan kepala dua bayi kembar perempuannya demi menghentikan tabiat buruk mereka.

Menerusi hantaran video berdurasi 45 saat dimuat naik oleh Al Badri di media sosial memaparkan gelagat dua beradik saling tarik-menarik rambut sesama mereka.

“Sebanyak mana mereka menikmati masa bermain bersama, mereka juga gemar melakukan ini (menarik rambut).

“Sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk meletakkan banyak minyak di rambut tetapi tidak berhasil. Hanya satu penyelesaian yang dapat difikirkan dan kelihatan seperti ia berjaya,” jelas ibu mereka menerusi video tersebut.

Di ruangan komen, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat dua-beradik kembar tersebut.

“Oh, sekarang saya faham kenapa Upin dan Ipin mesti botak,” seloroh @vvildanarief di Twitter.

“Anak saya yang kembar juga seronok bermain bersama tetapi mereka suka berebut,
kemudian bergusti dan bertumbuk sehingga menangis,” ciap @ izhamznl di ruangan komen.

Seorang pengguna lain, @thesocialhijabi berkata, ini merupakan penyelesaian terbaik yang diambil ibunya kerana rambut akan tumbuh semula seiring meningkatnya usia mereka.

Hantaran video tular itu telah meraih sebanyak 12,900 ciap semula, 19,000 tanda suka dan 1,000,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI