fbpx

2 varian Covid-19 tular di China dikesan di Malaysia tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang menular di China ketika ini, telah dikesan berada di Malaysia pada Mac dan Ogos tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kemuncak penularan varian BA.5.2 adalah sekitar September hingga Oktober lalu dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China serta Amerika Syarikat.

“Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia.

“Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, varian BF.7 telah dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos dan sehingga 31 Disember yang lalu, tiga kes telah dikesan dijangkiti dengan varian tersebut.

Jelas Dr. Noor Hisham, kes pertama dikesan pada 21 Ogos lalu yang merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kedua pada 6 September lalu iaitu kes import jangkitan dari Turki.

“Bagi kes ketiga pada 7 Oktober lalu merupakan kes jangkitan tempatan,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan setakat 31 Disember lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

Bagaimanapun, Dr. Noor Hisham berkata, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI