fbpx

Warga asing tiada lesen pandu kereta majikan, beli kereta terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (kiri) memeriksa dokumen pengenalan diri wanita warga Thailand yang menunggang motosikal semasa Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, Kota Bharu malam tadi. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 343 notis saman terhadap pemandu pelbagai jenis kenderaan terdiri daripada warga asing yang melakukan kesalahan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah, berkata, jumlah itu dilihat semakin meningkat terutamanya dalam kalangan etnik Rohingya yang menyewa atau membeli kenderaan terpakai daripada rakyat di negara ini.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 30 kenderaan sudah disita atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh warga asing di negeri ini.

“Selain notis saman kepada pemandu yang terlibat, majikan kepada warga asing itu juga aman diambil tindakan notis mahkamah kerana membenarkan kenderaan mereka dipinjam atau dipandu oleh pekerja mereka.

“Kita dapati jumlah warga asing yang memandu kenderaan tempatan tanpa memiliki lesen semakin ramai terutamanya di kawasan Kota Bharu,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir membuat memantau Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian malam tadi.

Dalam operasi itu, sebanyak 11 motosikal, tiga kereta dan sebuah kereta klon jenis Honda Civic FD telah disita.

Mengulas lanjut, Mohd. Misuari berkata, selain memandu dengan kebenaran majikan, ada dalam kalangan warga asing yang menyewa dari premis sewa kenderaan atau membeli kenderaan terpakai.

Tegasnya, rakyat tempatan diingatkan supaya tidak memberi kebenaran kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menggunakan kenderaan mereka lebih-lebih lagi jika terlibat dalam kemalangan.

“Secara keseluruhan, JPJ Kelantan merekodkan kira-kira RM6.1 juta jumlah kutipan kompaun sepanjang tahun lalu membabitkan 29,636 notis kompaun.

“Jumlah itu juga melibatkan sebanyak 31,031 kenderaan yang diambil tindakan dengan 71,025 notis saman yang dikeluarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI