fbpx

Mulakan tahun 2023 dengan menderma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Adam (tengah) ceria menjadi penderma darah pertama pada tahun ini di Unit Tabung Darah HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman memulakan hari pertama 2023 dengan menderma darah.

Beliau yang berasal dari Chabang Tiga di sini diiktiraf individu pertama negara ini yang menderma darah pada tahun 2023.

“Antara azam 2023 saya ialah menjadi rakyat Malaysia pertama menderma darah. Alhamdulillah hasrat itu tercapai.

“Saya mendaftar secara atas talian menerusi Sistem Informasi Bank Darah (BBIS) pada pukul 12.05 tengah malam sebelum hadir ke Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 8 pagi tadi (semalam),” katanya di sini hari ini.

Che Adam berkata, beliau sudah 88 kali menderma darah sejak pertama kali berbuat demikian pada usia 21 tahun.

Tambah beliau yang mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman teratur, tahap kesihatan kekal baik dengan menderma darah.

Sementara itu, Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ, Dr Muhaimin Kambali mengesahkan Che Adam merupakan individu pertama menderma darah pada tahun ini berdasarkan semakan BBIS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI