fbpx

Menteri dapat maklumat tepat jika rajin turun padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY ketika membuat lawatan mengejut dengan menaiki tren LRT bagi mendapatkan gambaran sebenar yang dihadapi pengguna setiap hari berhubung perkhidmatan sistem pengangkutan tersebut.

PETALING JAYA – Langkah sebilangan menteri membuat lawatan mengejut ke premis di bawah seliaan masing-masing merupakan suatu tindakan yang wajar.

Pensyarah Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, dengan cara itu, menteri akan memperoleh maklumat secara terus dan telus.

“Menteri memerlukan maklumat secara terus, terutamanya daripada orang ramai supaya dapat membaik pulih perkhidmatan yang ada.

“Pada akhirnya, orang ramai akan menilai (kerajaan) daripada segi sistem perkhidmatan cekap, kompeten, baik dan mesra buat mereka.

“Barangkali maklumat dari bawah tanpa disekat dan ­disaring itu lebih memudahkan proses untuk memperbaiki sistem sedia ada,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Baru-baru ini, Menteri ­Pengangkutan, Anthony Loke turun padang meninjau sendiri ­situasi perkhidmatan transit ­aliran ringan (LRT) bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkhidmatan sistem pengangkutan itu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa pula melakukan lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor.

Dr. Sivamurugan berkata, lawatan mengejut menteri perlu diterima dengan baik oleh kakitangan di peringkat pelaksana demi memperbaiki imej agensi mereka.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, menteri perlu memastikan penambahbaikan dilakukan segera.

Menurutnya, lawatan mengejut perlu menghasilkan sesuatu yang positif buat orang ramai supaya tidak dilihat sebagai gimik atau retorik semata-mata.

Ujarnya, lawatan mengejut adalah langkah yang wajar dalam menambah keyakinan anggota masyarakat terhadap barisan menteri kerajaan sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI