fbpx

EPL: Nunez tetap bersinar di mata Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (kanan) berjaya mempamerkan aksi terbaik terutama terlibat dalam menghasilkan gol kemenangan Liverpool ketika menewaskan Leicester di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Biarpun tiada seorang pemainnya yang berjaya meledak jaringan, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tetap memuji penyerangnya, Darwin Nunez yang berjaya mempamerkan aksi terbaik untuk membantu kemenangan 2-1 mengatasi Leicester City awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Anfield itu, Liverpool dikejutkan dengan gol awal pasukan pelawat menerusi Kiernan Dewsbury-Hall, sebelum mereka bangkit meraih dua gol menerusi jari­ngan sendiri pemain pertahanan Leicester, Wout Faes.

Biarpun jentera serangan The Reds dilihat berdepan kesukaran untuk menghasilkan jaringan, Klopp mengakui Nunez telah memberikan sumbangan besar untuk memberi tekanan kepada bentang Leicester sehingga memaksa mereka melakukan kesilapan.

“Hari ini anda boleh lihat peningkatan prestasi ketara dipamerkan oleh Nunez. Aksinya hampir sama dengan aksi ter­akhir sebelum ini ketika dia hampir menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

“Saya tidak lihat banyak pe­nyerang mampu memberikan sumbangan seperti yang telah dilakukannya. Tahap kepantasan­nya meningkat dengan ketara untuk membantu pasukan memberikan tekanan kepada pihak lawan dan hantaran bola kepada Mohamed Salah pada babak ke­dua luar biasa,” jelas Klopp.

Pada aksi berkenaan, Nunez dianggap punca kepada jaringan sendiri kedua Faes apabila dia melakukan sepakan lambung melepasi penjaga gol, Danny Ward sebelum bola terkena tiang dan tertampan pemain pertahanan berkenaan untuk Liverpool meraih gol kemenangan.

Pemain antarabangsa Uruguay itu juga berjaya melakukan gerakan yang hampir memboleh­kan Liverpool meraih gol ketiga menerusi lorongan bola menarik kepada Salah, namun rembatan terakhir pemain itu tersasar.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI