fbpx

Junta Myanmar bunuh 165 kanak-kanak pada tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak pelarian Myanmar berada di kem Nawphewlawl berhampiran sempadan Myanmar-Thailand di negeri Kayin pada 14 Februari lalu. - AFP

NAYPYIDAW – Kira-kira 165 kanak-kanak dilaporkan maut di tangan junta tentera Myanmar pada 2022, demikian menurut laman berita Wion News kelmarin.

Menurut data yang dikongsi pihak pembangkang dalam buangan iaitu Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 78 peratus dalam jumlah kematian kanak-kanak berbanding 2021.

Media tempatan Myanmar turut merekodkan jumlah tersebut rentetan serangan artileri yang menyasarkan kumpulan-kumpulan antijunta.

Jurucakap Kementerian Wanita, Belia dan Hal Ehwal Kanak-Kanak NUG mendakwa bahawa junta Myanmar sedang mempertingkat keupayaan pengeboman dan serangan udaranya serta kerap menyasarkan sekolah-sekolah yang beroperasi di kawasan dikawal oleh NUG.

Bercakap kepada akhbar The Guardian, perunding kanan di Myanmar untuk Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Thomas Kean berkata, angka yang dikeluarkan NUG kelihatan boleh dipercayai, sambil menambah, bedilan artileri dan serangan udara telah dilancarkan secara rawak.

Tempoh beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan berpuluh-puluh kanak-kanak mati dalam insiden pembunuhan beramai-ramai yang bermula selepas kerajaan awam pimpinan Aung San Sung Kyi digulingkan pada Februari 2021.

Beribu-ribu orang kehilangan nyawa sejak rampasan kuasa itu berlaku.

Pada September lalu, lebih 12 kanak-kanak dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas sebuah sekolah di wilayah Sagaing, dan pada November lepas pula, serangan di negeri Rakhine telah membunuh 10 orang termasuk kanak-kanak.

Pembunuhan beramai-ramai semasa perayaan Krismas tahun lepas di negeri Kayah juga turut mengorbankan kanak-kanak.

Laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak Myanmar juga menjadi mangsa penyeksaan fizikal.
Pada Jun lalu, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa bercakap mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar berkata, terdapat laporan mengenai kanak-kanak yang dipukul, dikerat, ditikam, dicucuh api rokok dan dicabut kuku mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI