fbpx

Zarina Anjoulie tempah baju kahwin, netizen suruh tutup aurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA ANJOULIE dilihat teruja membuat persiapan baju untuk perkahwinannya.

PETALING JAYA – Nama selebriti sensasi, Zarina Anjoulie tidak pernah sepi daripada menjadi bualan netizen dalam media sosial, tambahan pula dilihat sedang bahagia dengan kekasih baharunya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Meskipun sebelum ini pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau mesra disapa Anju itu memperkenalkan lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ tersebut sebagai guru renang anak lelakinya, namun kini hubungan istimewa mereka bukan lagi rahsia.

Bahkan, menerusi perkongsian sebuah video terbaharu dalam laman Instagram, Anju dilihat sedang membuat persiapan menempah baju perkahwinannya daripada sebuah butik yang menjadi kegemarannya.

Perkongsian tersebut sekali gus membayangkan perancangan ibu tunggal anak satu itu menamatkan zaman solo semakin hampir.

Dalam video sama, turut kelihatan teman lelakinya sama-sama mengukur baju pernikahan mereka.

Selebriti berusia 35 tahun itu meluahkan rasa teruja ketika menempah baju pernikahan mereka selain berasa senang bekerjasama dengan pihak pengurusan butik berkenaaan yang sentiasa menjadi pilihannya untuk menempah baju.

“Salam guys, sangat teruja untuk hari ini sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin. Hanya Hansmin Official sahaja!.

“Dia terbaik! Baju semua cantik-cantik, saya percayakan dia untuk baju kahwin saya. Masa kahwin dulu pun mereka yang buat baju Anju,” tulisnya.

Perkongsian selebriti kelahiran Kuala Lumpur itu seterusnya mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada rakan artis dan netizen yang rata-ratanya turut sama teruja untuk melihat Anju dan pasangan bergelar raja sehari tidak lama lagi.

“Tahniah Anju, tidak sabar untuk melihat Anju di hari bahagia nanti, saya doakan segalanya dipermudahkan dan semoga Allah pelihara Anju dan bakal suami sekeluarga,” tulis pengikutnya di Instagram.

“Tahniah Anju! Ikut lama dah Anju, suka sangat tengok awak yang sekarang, moga awak dan pasangan kekal hingga ke syurga Allah. Sangat lembut tengok penampilan awak sekarang. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen pengikut yang lainnya.

Lebih mengunakan, pereka fesyen yang akan membuat persalinan untuk Anju dan kekasihnya itu juga mendedahkan pasangan itu bakal mengadakan majlis menjelang Mac nanti.

“Kita tulis majlis bulan tiga ya,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meminta Anju supaya menutup aurat secara perlahan-lahan memandangkan dia akan menjadi isteri tidak lama lagi.

“Moga Anju tutup aurat dan minta suami bimbing awak hingga mendapat reda Allah,” komen netizen itu.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra.

Pada 20 Julai 2020 pula, Zarina berkahwin buat kali kedua dengan Eilyas Azhar, bagaimanapun mereka bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI