fbpx

Kos purata pengeluaran ayam RM6.53, telur 48 sen sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Purata kos pengeluaran di peringkat ladang bagi ayam dilaporkan bernilai RM6.53 sekilogram, manakala kos bagi telur pula ialah sebanyak 48 sen sebiji.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, harga sekilogram ayam di ladang jika mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran ayam direkodkan berada antara julat RM6.86 hingga RM7.84.

“Sementara itu, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat borong merekodkan RM1.30, manakala margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat runcit mencatatkan RM1.25.

“Bagi telur ayam, purata kos pengeluaran sebiji telur mencatatkan 48 sen. Sekiranya mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran, harga ladang direkodkan berada antara julat 50 sen hingga 58 sen sebiji.

“Margin keuntungan sebiji telur ayam di peringkat borong dan runcit pula masing-masing mencatatkan 4 sen dan 2 sen,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI