fbpx

Kerajaan rujuk data komprehensif untuk laksana subsidi bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menggunakan pangkalan data bersepadu dan komprehensif sebelum memutuskan sebarang mekanisme pemberian subsidi bersasar termasuk petrol RON95.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak hanya akan bergantung kepada satu rujukan data sebaliknya inisiatif teraju memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk dijayakan.

Menurut beliau, antara data yang akan digunakan adalah daripada Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kerajaan tidak hanya menggunakan pangkalan data JPJ dan merujuk kepada kuasa kuda (CC) kenderaan untuk pemberian subsidi bersasar petrol RON95. Data JPJ itu hanya satu daripada elemen yang akan digunakan dalam pemberian subsidi bersasar petrol RON95.

“Selain itu, kita juga ada data Bank Negara, LHDN, Jabatan Perangkaan Malaysia, Khazanah Nasional selain kajian-kajian yang dibuat universiti tempatan yang akan dirujuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Temu Rapat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Hotel Berjaya Waterfront, di sini, malam semalam.

Sabtu lalu, Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai itu dilaporkan memaklumkan pangkalan data JPJ akan digunakan sebagai satu daripada elemen menjayakan program subsidi bersasar membabitkan petrol RON95.

Beliau dilaporkan berkata, itu antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat kementeriannya bersama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi, minggu lalu.

Tambah Salahuddin, pangkalan data JPJ digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenalpasti pasti CC kenderaan golongan sasaran untuk pemberian subsidi petrol berkenaan. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI