fbpx

Kadar sewa fasiliti sukan akan dikaji – KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH merasmikan Kejohanan Boling Padang Terbuka Kuala Lumpur Ambang Tahun Baru 2022/2023 di Kompleks Sukan Boling Padang Kuala Lumpur di Bukit Kiara semalam. – KBS

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mahu kadar sewa infrastruktur sukan di negara ini dikaji bagi memastikan akses kepada kemudahan itu terbuka buat semua rakyat Malaysia.

Katanya, kadar sewa fasiliti sukan antara isu utama yang dibangkitkan oleh badan-badan sukan kerana bayaran dikenakan terlalu tinggi dan sukar untuk anjurkan sebarang kejohanan.

Hannah berkata, pihaknya akan melakukan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak pengurusan fasiliti bagi melihat model sesuai digunakan bagi membolehkan kadar sewa dapat diturunkan.

“Saya mohon agar sewa diturunkan kerana susah untuk badan sukan jika kadar sewa terlalu tinggi. Ini adalah satu hasrat saya supaya akses infrastruktur sukan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia

“Saya akan berbincang dengan pihak berkaitan, selepas kumpul semua maklumat, KBS akan lihat bagaimana nak dapatkan soko­ngan PBT kerana infrastruktur dipegang oleh PBT selain perlu ada koordinasi dengan kementerian lain. Jadi, kita perlu menyelaraskan banyak pihak.

“Apa yang paling penting ialah akses tidak tersekat, maknanya golongan B40 boleh guna. Selain itu, untuk penganjuran kejohanan, penganjur perlu lebih kreatif dengan bekerjasama de­ngan banyak untuk turunkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Boling Padang Terbuka Kuala Lumpur Ambang Tahun Baru 2022/2023 di Kompleks Sukan Boling Padang Kuala Lumpur di Bukit Kiara semalam.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, beliau telah melengkapkan sesi Townhall bersama atlet dan juga badan-badan sukan sejak beliau dilantik bagi menggalas jawatan selaku Menteri Belia dan Sukan.

“Saya hadir perjumpaan bersama atlet seramai 320 orang di Bukit Jalil dan kemudian berjumpa badan sukan kebangsaan yang melibatkan 150 persatuan sukan selain 33 persatuan sukan para. Mereka bangkitkan pelbagai isu yang kebanyakannya hampir sama.

“Untuk atlet, mereka bangkitkan isu kebajikan selain tidak cukup pendedahan untuk menyertai kejohanan antarabangsa dan mereka mahu menyertai lebih banyak pertandingan untuk mendapatkan pengalaman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI