fbpx

Isteri, anak setahun jadi mangsa simbahan asid suami panas baran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suami menyiram asid ke arah isteri dan anaknya di sebuah rumah di Cengkareng, Jakarta Barat Isnin lalu. - Detik

JAKARTA – Gara-gara sikap panas baran, seorang suami tergamak menyiram asid ke arah isteri dan anaknya yang berusia setahun lapan bulan sehingga kedua-dua mangsa meninggal dunia, lapor laman berita Kompas semalam.

Kejadian itu berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat pada Isnin lalu sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan).

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis Cengkareng, Ardhie Demastyo.

Ardhie kemudian menjelaskan kronologi kejadian tersebut dengan menyatakan insiden itu diketahui penduduk setempat selepas si isteri berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.

Si isteri datang ke rumah jirannya dan menyatakan bahawa dirinya telah disiram dengan asid oleh suaminya, Rizal. Dia dan anaknya kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, si isteri mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan manakala anaknya mengalami cedera parah di bahagian muka dan badan.

Kedua-dua mereka kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan. 

Menurut Ardhie, suspek menyiram isterinya dengan asid ketika dia gagal mengawal kemarahannya, yang menyebabkan anaknya turut terkena siraman itu.

Sementara itu, suspek masih diburu polis manakala motif dia berbuat demikian masih belum diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI