fbpx

Warga Malaysia di AS diminta berwaspada susulan cuaca sejuk ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC mengeluarkan notis amaran cuaca buruk kepada rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat (AS) pada ketika ini.

Ia susulan ribut salji ekstrem yang paling teruk dalam sejarah negara itu melanda kelmarin dan menyaksikan lebih 50 orang maut selain ribuan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Menerusi nota disiarkan laman sosial rasmi pejabat diplomatik Malaysia itu, warga Malaysia di kawasan terjejas diminta agar sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

“Pihak kedutaan besar turut sedang memantau rapi perkembangan terkini amaran cuaca semasa yang juga mencetuskan situasi sejuk melampau musim Krismas kali ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Kedutaan Besar Malaysia berkata sekiranya berdepan masalah kecemasan dan memerlukan bantuan konsular dengan segera, pihak kedutaan boleh dihubungi terus melalui talian +1 (202) 376 4396,” katanya.

Konsulat Jeneral Malaysia di New York juga boleh dhubungi menerusi talian +1 (917) 319 0381 manakala pejabat konsulat di Los Angeles pula melalui talian +1 (213) 892 1238.

Media AS melaporkan ribut salji bukan sahaja mengakibatkan ramai pemandu terkandas di rangkaian lebuh raya utama, malahan lebih 60 juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Dianggarkan terdapat lebih 70,000 warga Malaysia yang berada di seluruh AS sama ada bekerja dengan pelbagai firma atau masih lagi belajar di ratusan institusi pengajian tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI