fbpx

[VIDEO] Reen Rahim kini isteri ahli perniagaan, mas kahwin RM1,988, sedulang barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dua tahun berkenalan dan mengikat pertunangan pada Ogos lalu, Reen Rahim selamat disatukan dengan Ahmad Nur Hazim sebentar tadi. Foto - AFIQ RAZALI

PUTRAJAYA – Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Boraombak Marina, di sini, sebentar tadi.

Dalam majlis yang berlangsung pukul 9.30 malam tersebut, Reen dan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abd. Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim dengan mas kahwin RM1,988 berserta sedulang barang kemas.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, turut menerima lima dulang hantaran yang berbalas tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Memilih busana sedondon putih pada hari bahagia mereka, majlis akad nikah berlatarkan rona suci tersebut diserikan kehadiran 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan teman terdekat mempelai.

Terdahulu, pasangan tersebut memaklumkan telah berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengambil kata sepakat menjalin pertunangan pada 12 Ogos lalu.

Pelakon Daddyku Gangster itu sebelum ini merahsiakan identiti bakal suaminya, namun mendedahkan perkahwinan mereka mendapat tajaan bernilai RM15 juta dalam pelbagai bentuk.

Sebelum majlis pernikahan, semalam Reen terlebih dahulu diraikan dalam majlis berinai bertemakan Bollywood di Hulu Langat, manakala majlis resepsi pula akan berlangsung esok di sebuah dewan perkahwinan di Cheras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI