fbpx

Jakim tegur pasangan ‘ustaz ustazah’ berdakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pasangan suami isteri ditegur Jakim susulan didapati kerap mengeluarkan kenyataan kontroversi.

PUTRAJAYA – Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan bersesuaian dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pihaknya dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa memantau kandungan berkaitan hal ehwal Islam di media sosial yang bersifat kontroversi dan menimbulkan kegusaran awam.

“Kami turut mengambil maklum berkaitan video tular memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat kontroversi.

“Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Kosmo! Online hari ini.

Jelas Jakim, semua pendakwah di Malaysia adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah Pihak Berkuasa Agama Islam di negeri-negeri.

“Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak selain mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya menjadi tular selepas beberapa kali menimbulkan kontoversi termasuk berhubung isu berkaitan hukum agama.

Malah, baru-baru ini pasangan itu dikatakan sedia memfailkan saman terhadap pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus selepas hujah pasangan itu berkenaan hukum membiarkan bayi disambut doktor lelaki dipatahkan oleh Azhar Idrus.

Siti Afifah didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama sehingga mengundang pelbagai reaksi pengguna terutamanya di platform media sosial.

Malah, turut dilaporkan Siti Afifah juga sebenarnya tidak mempunyai tauliah yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI