fbpx

Norazman dilantik Ketua Pegawai Eksekutif CAAM baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazman

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu badan itu berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abdul Rahman berkata, pelantikan Norazman adalah selepas penilaian menyeluruh dibuat anggota Pihak Berkuasa CAAM dan cadangan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Kata beliau, selaras dengan Seksyen 21 Akta 788, Menteri Pengangkutan membuat pelantikan itu selepas meyakini cadangan dikemukakan untuk CAAM meneruskan momentum positif bagi tahun 2023.

“CAAM akan terus memperkasakan budaya kerja yang cekap dalam bidang kawal selia dan perkhidmatan navigasi udara baik dari sudut dalaman mahupun luaran tanpa sebarang kompromi terhadap aspek keselamatan dan sekuriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Adib, Norazman mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam industri penerbangan dan pernah berkhidmat di syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad sebelum menyertai CAAM pada tahun 2020 sebagai Pengarah Bahagian Operasi Penerbangan.

Jelas beliau, kecemerlangan kerjaya Norazman termasuklah menjadi juruterbang pelbagai jenis pesawat Boeing dan Airbus malah merupakan juruterbang pertama di Malaysia yang diiktiraf bagi pesawat Airbus A350.

“Beliau ketika ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM dan berperanan penting membantu proses transformasi menyeluruh CAAM dalam tempoh dua tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

habis

KAPSYEN – Norazman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI