fbpx

‘Kata-kata terakhir’ rover angkasa di Marikh sebelum habis kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rover yang kesepian ini akan dimatikan untuk selama-lamanya. - NASA/JPL-Caltech/SWNS

WASHINGTON – Sebuah kenderaan rover angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di Marikh telah berkongsi ‘kata-kata terakhirnya’ di Twitter, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover angkasa daripada  misi Penerokaan Dalaman menggunakan Penyiasatan Seismik, Geodesi dan Pengangkutan Haba (InSight) itu terkenal selepas merakam swafoto pertamanya di Marikh.

Ia akan kehabisan kuasa dan terputus hubungan dengan Bumi tidak lama lagi.

Panel solarnya telah disaluti habuk Marikh yang tebal, menyebabkan ia tidak dapat ‘menghidupkan’ diri sendiri lagi.

Hantaran perpisahan di akaun Twitter rasmi rover itu menyebabkan ramai netizen bersedih kerana robot itu bersedia untuk dimatikan buat selama-lamanya.

“Kuasa saya sangat rendah, jadi ini mungkin imej terakhir yang boleh saya hantar. Jangan risau tentang saya, masa saya di sini adalah produktif dan tenang. 

“Jika saya boleh terus bercakap dengan pasukan misi, saya mahu, tetapi saya akan dimatikan di sini tidak lama lagi. Terima kasih kerana kekal bersama saya,” demikian kapsyen pada hantaran itu.

Robot angkasa itu telah diumumkan 10 tahun lalu dan matlamatnya adalah untuk mengetahui bagaimana Marikh terbentuk. 

Rover berkenaan membuat penemuan bahawa Planet Merah itu mempunyai ‘Marsquakes’ atau gempa, sama seperti Bumi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI