fbpx

11 tahun tunggu, Oktovia Manrose dapat anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKTOVIA Manrose berkongsi berita kelahiran bayi perempuannya hanya selepas dua minggu.

PETALING JAYA – Selepas hampir 11 tahun menunggu dikurniakan anak perempuan, impian Oktovia Manrose akhirnya dimakbulkan selepas dia menerima kehadiran seorang puteri pada 6 Disember lalu.

Pelakon Janji Aurora itu berkata, kelahiran si kecil adalah anugerah terindah yang juga hadiah termahal untuknya dan suami genap setahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Syukur tidak terhingga atas anugerah Allah SWT yang terindah, juga hadiah termahal buat saya dan suami.

“Rahsia Allah dan perancangan-Nya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun, Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

“Alhamdulillah kami sudah ada sepasang cahaya mata,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram kelmarin.

Oktovia juga tidak ketinggalan menitipkan penghargaan buat suami, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, selain berjanji mendidik permata hati mereka agar taat kepada Allah SWT.

“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.

“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.

“Didik ikut syariat Allah, ikut jalan Rasullullah dan bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.

“Untuk suamiku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah buat anak kita. Awak adalah insan teristimewa buat saya setiap hari. Awak kekuatan saya,” katanya.

Oktovia yang juga anak kepada penyanyi Iwan Syahman dan Allahyarham Rosnah Mohd. Noor bergelar isteri kepada Khairul yang juga bekas pemain bola sepak Melaka United pada 21 Disember 2021.

Sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai lima tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan pertama, Oktovia dikurniakan seorang putera yang kini sudah mencecah usia 10 tahun, Muhammad Rayyan Zulkarnain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI