fbpx

[VIDEO] Tanah runtuh: Empat mangsa ditemui hari ketujuh operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di sini, hari ini. GAMBAR FARIZ RUSADIO

HULU SELANGOR- Empat mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, berjaya ditemui sekitar pukul 10.39 pagi ini.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Mayat keempat-empat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan pengecaman mayat sekitar pukul 11.45 pagi tadi.

Pertemuan itu menjadikan jumlah mangsa maut seramai 30 orang, daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 94 orang.

Sehingga kini operasi sedang giat dilakukan untuk mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI