fbpx

Perak peruntuk lebih RM285 juta bantu rakyat terjejas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

IPOH – Kerajaan Perak menyediakan peruntukan lebih RM285 juta di bawah pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi membantu rakyat di negeri ini yang terjejas akibat Covid-19, sejak lebih dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif di bawah PRE itu digerakkan oleh pelbagai agensi dan jabatan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha mengurangkan tekanan hidup yang dialami rakyat.

Katanya, bantuan itu memberi manfaat kepada rakyat merangkumi petugas barisan hadapan, petani, peniaga kecil, industri pelancongan, golongan berpendapatan rendah (B40) dan pelajar.

“Selain itu, di bawah program Kad Prihatin Perak yang dilaksanakan sejak 2019, hampir 20,000 golongan sasar telah dibantu dalam mendepani cabaran ketidaktentuan harga barang.

“Kita juga menyediakan Kedai Bergerak yang dilaksanakan oleh Yayasan Bina Upaya yang menawarkan harga barang keperluan lebih murah daripada harga pasaran,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ong Seng Guan ( DAP-Pokok Assam) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan, Saarani menjelaskan, seramai 53,000 rakyat di Perak kehilangan pekerjaan akibat daripada penutupan kilang dan gedung-gedung perniagaan.

Bahkan beliau berkata, terdapat sekurang-kurangnya 80,000 usahawan, peniaga-peniaga kecil dan penjaja serta peniaga pasar malam terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan negeri tidak berpeluk tubuh kerana dari semasa ke semasa kita memantau perkara ini. Melalui Pelan Perak Sejahtera 2030, kita mahu kembali membangunkan negeri ini dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Usaha keras juga dijalankan menerusi Sekretariat Pembangunan Usahawan untuk kita kembali memberi peluang peniagaan kepada mereka yang hilang peluang perniagaan akibat penutupan pasar malam dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI