fbpx

Mekanik dijel 7 tahun, sebat rogol kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Amirul dipenjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. FOTO AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Perbuatan durjana seorang mekanik merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada tahun lalu akhirnya berbalas apabila dipenjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Amirul Abdulllah, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan kepadanya.

Muhammad Amirul yang merupakan bapa kepada dua anak itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah flat di Puchong kira-kira pukul 9.30 malam pada 29 Julai tahun lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding itu, Muhammad Amirul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dikurangkan kerana telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Ujarnya, bapanya juga baharu meninggal dunia pada Ogos lalu selain ibunya sakit.

“Ini kesalahan pertama saya dan amat menyesal atas tindakan tersebut.

“Saya mempunyai isteri dan dua anak berusia lapan bulan dan tiga tahun yang perlu ditanggung selain tiga adik masih bersekolah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali menegaskan, perbuatan rogol dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.

“Lagi hina apabila dilakukan kepada mangsa yang merupakan kanak-kanak masih kecil, naif dan lemah.

“Pohon juga mengambil kira hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak terutama dari jenayah seksual. Ini hanya dapat dizahirkan mahkamah menerusi hukuman berat dan pemenjaraan yang panjang serta sebab supaya tertuduh insaf,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI