fbpx

Penjawat awam Perlis terima bantuan khas RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (kanan) ketika membentangkan Bajet 2023 di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 seorang kepada penjawat awam negeri sehingga gred 54 yang dibayar pada bulan hadapan.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, bantuan itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan tersebut yang bersungguh-sungguh memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

“Semoga bantuan khas kewangan ini mampu memberikan suntikan semangat untuk penjawat awam negeri terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau mengumumkan bantuan itu ketika membentangkan Bajet 2023 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kangar, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Shukri berkata, pelbagai usaha turut dilakukan okerajaan negeri sebelum ini bagi melonjakkan kembali industri pelancongan di Perlis terutama berasaskan tarikan dan keindahan alam semula jadi.

“Pertumbuhan industri pelancongan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui rantaian rapat dengan beberapa industri lain seperti pengangkutan, penginapan, makanan, minuman, hiburan dan membeli-belah.

“Sehingga Ogos lalu, jumlah pelancong ke Perlis meningkat dengan ketara kepada 1.32 juta orang berbanding 407,000 pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

Bagi memperkasakan lagi sektor pelancongan negeri ini, beliau berkata, sejumlah RM3.05 juta disediakan dalam pelbagai program dan aktiviti berkaitan pelancongan seperti Pesta Angin Timur dan Pesta Air Kuala Perlis.

“Peruntukan ini turut merangkumi program promosi pelancongan serta kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan produk pelancongan sebagai persediaan awal kerajaan negeri melaksanakan program Tahun Melawat Perlis 2024,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan inisiatif yang diumumkan melalui Bajet 2023 dapat direalisasikan khususnya dalam menghadapi senario ketidaktentuan ekonomi pada masa kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI