fbpx

Majoriti mangsa remaja bawah umur kenal perogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shuhaily (dua dari kanan) ketika menjadi panel program townhall anjuran PDRM kontinjen Pulau Pinang di Dewan Budaya, USM), George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Jenayah rogol terutama membabitkan remaja bawah umur di negeri ini agak membimbangkan dengan kebanyakan suspek merupakan individu yang dikenali mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 96 kes rogol dilaporkan dari Julai 2021 hingga November lalu di negeri ini.

“Tangkapan melibatkan juvana (bawah umur) adalah 77 orang dengan jenayah rogol dalam kalangan remaja bawah umur membimbangkan.

“Kebanyakannya (jenayah rogol) dilakukan oleh suspek yang dikenali mangsa. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawa seks bebas terlalu berleluasa dalam kalangan mereka di bawah umur,” katanya pada sidang akhbar di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily menjadi panel program townhall anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang membincangkan tentang ‘Remaja dan Jenayah: Isu dan Cabaran’.

Turut menjadi ahli panel program berkenaan ialah pakar motivasi, Mohamed Hanafiah Malek Prof Madya Dr. Abdul Rashid Mohamad dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM serta Datuk Dr. P. Sudramoothy selaku moderator program itu.

Menurut Mohd. Shuhaily, demografi mereka yang terlibat rogol terdiri daripada remaja kumpulan B40.

“Apa yang kita bimbang bagaimana dengan nasib mangsa, stigma masyarakat dan jalan penyelesaian terhadap isu ini. Kita bimbang ia menjadi perkara biasa bagi mereka dan lama-lama bangga dengan jumlah lelaki yang mereka kenali,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI