fbpx

Kawalan sekitar Parlimen diperketatkan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis memperketatkan kawalan keselamatan dan lalu lintas di semua laluan keluar dan masuk Parlimen, di sini, sepanjang tempoh parlimen bersidang.

Tindakan tersebut diambil susulan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-15 yang bermula dari semalam hingga esok ekoran dijangka akan didatangi segelintir orang awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam tempoh berkenaan, terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai ingin membuat penyerahan memorandum.

“Tindakan penyerahan itu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas ke laluan utama Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Azmi berkata, pihaknya telah menetapkan kawasan sekitar Tugu Negara sebagai tempat berkumpul kumpulan tersebut bagi memastikan kelancaran serahan memorandum.

“Sebarang kenyataan media oleh wakil penyerah hanya dibenarkan di sekitar kawasan Tugu Negara sahaja.

“Pihak polis akan memastikan keselamatan semua Ahli Parlimen dan lalu lintas berjalan lancar bagi tujuan menghadiri Persidangan Dewan Rakyat,” katanya.

Justeru itu, Azmi menasihati orang ramai untuk tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

Kata beliau, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi dan melanggar undang-undang. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI