fbpx

21 mayat dijumpai sekitar lereng bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari keempat di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali. Gambar fail

HULU SELANGOR- Sebanyak 21 daripada 24 mayat insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali-Genting telah dijumpai oleh pasukan penyelamat di Sektor A (Hillview) berhampiran lereng bukit.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), tiga lagi mayat ditemukan di Sektor C (Riverside), tapak perkhemahan yang berhampiran sungai.

Walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kelima, masih tiada mayat dijumpai di kawasan Sektor B (Farmview).

PKOB turut memaklumkan seramai 42 pengunjung terdiri daripada 25 dewasa dan 17 kanak-kanak, difahamkan menginap di tapak perkhemahan di Sektor A sebelum kejadian tanah runtuh Jumaat lalu.

Sementara itu, di Sektor B, terdapat sembilan pengunjung dewasa bersama tiga kanak-kanak yang menginap di tapak perkhemahan berdekatan kebun sayur.

Seterusnya, seramai 26 pengunjung terdiri daripada 17 dewasa dan sembilan kanak-kanak berada di Sektor C.

Dalam pada itu, 14 lagi mangsa yang merupakan pekerja ladang di kebun sayur berkenaan dilaporkan selamat susulan berada di Sektor D.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan 61 mangsa selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan lagi masih hilang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI