fbpx

PN nafi guna dana judi – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) menafikan tuduhan bahawa gabungan tersebut menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak mengeluarkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebelum ini.

Katanya, jika benar berlaku sebarang pelanggaran, siasatan perlu dibuat terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Tambun (Anwar) anda sekarang adalah Perdana Menteri bukan lagi Ketua Pembangkang yang Ketua Pembangkangnya adalah saya sekarang.

“Jangan buat tuduhan semberono, tiada lagi laporan palsu daripada anda. Ini harapan daripada rakyat, semua rakyat sedar PN mempunyai sokongan besar iaitu 74 ahli parlimen yang diberikan kepercayaan dan sokongan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pembahasan Usul Undi Percaya Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Hamzah lagi, Menteri Kewangan ketika itu adalah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkuasa penuh terhadap lesen perjudian dan Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada beliau.

“Kami bersedia menjadi pembangkang yang berwibawa dan bersedia mengambil alih kerajaan apabila tiba masanya nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI