fbpx

Pakaian Ramli Mohd. Nor jadi tumpuan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli mencuri tumpuan Ahli Dewan Rakyat hari ini apabila mengenakan pakaian tradisi Orang Asli bersama baju Melayu.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Ramli Mohd. Nor sekali lagi mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila mengenakan baju Melayu serta perhiasan kepala dari suku kaum Senoi.

Beliau yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau gelap juga turut meminta izin Dewan untuk bercakap mewakili Orang Asli seluruh Malaysia dengan menggunakan bahasa Senoi pada permulaan angkat sumpah Ahli Parlimen sebentar tadi.

Ramli merupakan salah seorang Ahli Parlimen daripada 222 Ahli Parlimen yang dipilih dan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI