fbpx

Banjir memburuk, 322 pencawang elektrik di Terengganu dan Kelantan diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 228 pencawang di Terengganu ditutup, berikutan keadaan hujan lebat dan banjir ketika ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline menerusi kenyataan di Facebook berkata, tindakan itu diambil demi keselamatan pengguna setempat.

“Kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat ialah di tiga daerah iaitu di Kemaman, melibatkan 173 pencawang, Kuala Berang (50) dan Setiu (5),” katanya.

Katanya, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, namun bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” katanya.

Selain Terengganu, 94 pencawang di empat daerah di Kelantan turut ditutup atas faktor sama.

“Kawasan terlibat ialah di Pasir Mas, dengan jumlah terbanyak iaitu 59 pencawang, Pasir Puteh (22), Tanah Merah (lapan) dan Kota Bharu (lima) menjadikan jumlah pencawang yang ditutup di kedua-dua negeri adalah sebanyak 322 pencawang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI