fbpx

[VIDEO] Budak campak kucing dari tingkat 22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang kanak-kanak membaling seekor kucing dari tingkat 22.

PETALING JAYA -Seorang kanak-kanak lelaki bertindak kejam apabila membaling seekor kucing dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan perbuatan kanak-kanak itu turut tular di media sosial sejak semalam.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana kejadian itu berlaku.

Melalui rakaman berdurasi 47 saat itu memaparkan kanak-kanak tersebut naik ke tingkat itu menggunakan lif bersama dengan seekor kucing.

Kanak-kanak itu kemudian dilihat memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak membaling kucing itu ke bawah.

Beberapa saat kemudian, turut kedengaran bunyi dentuman dipercayai kucing itu jatuh di bumbung kediaman di tingkat bawah.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan kanak-kanak tersebut dan mahu dia dikenakan tindakan sewajarnya.

“Tolong tangkap budak ini. Tak kisahlah dia budak ke apa, bagi pengajaran sikit. Kalau tidak, sampai besar dia fikir apa dia buat itu betul,” kata Nur Raizan.

“Masih budak lagi tapi sudah nampak nakalnya,” kata Aspalilah.

“Apa lah dosa kucing ini sampai dibuang, mungkin kau tak terfikir aniaya kucing atau mencederakan pun akan dijatuhkan hukuman. Bukti CCTV ada, geram dan sakit hati tengok,” kata Maureen.

”Kejam sungguh memperlakukan binatang kucing macam itu, padahal masih budak lagi, masih jauh perjalanan kau nak. Tiadakah rasa belas kasihan kau terhadap binatang yang penyayang seperti kucing tersebut? Sampai kau tergamak melemparkan dari tingkat atas dengan rasa tidak berfikir panjang,” kata Fadzly.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI