fbpx

Tanah runtuh: Father’s Organic Farm luah simpati kepada mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar persekitaran Father's Organic Farm sebelum kejadian Tanah Runtuh. GAMBAR: FB FOF

PETALING JAYA – Father’s Organic Farm (FOF) tampil meluah rasa simpati kepada seluruh mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di ladang berkenaan, baru-baru ini.

FOF dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, pihaknya turut kesal dengan kejadian malang itu yang kini telah meragut 24 nyawa.

“Dengan berat hati, kami amat bersimpati dengan semua mangsa dan keluarga yang terjejas dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali, yang berlaku pada 16 Disember lalu.

“Bencana tidak berwajah, cinta bersama kita! Hati kami berkait rapat dengan anda, semoga mangsa tenang, takziah kepada keluarga. Kami berdoa mereka yang terselamat dan yang cedera untuk sembuh,” katanya.

Luahan simpati yang disampaikan menerusi Facebook Father’s Organic Farm.

FOF turut memberi penghormatan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat itu.

“Sekali lagi, kami dengan rendah hati tunduk kepada semua yang terjejas oleh tragedi ini,” katanya.

Sehingga kini, 24 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, 61 mangsa terselamat manakala sembilan mangsa lagi masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI