fbpx

PHNS gesa PBT kaji semula garis panduan kawasan peranginan di cerun bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar Mirza (tiga dari kanan) ketika melancarkan Majlis Pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan di Kampung Telok Pelanduk di sini, hari ini.

PORT DICKSON – Persatuan Homestay Negeri Sembilan (PHNS) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengkaji garis panduan di kawasan peranginan di lokasi berisiko.

Menurut Pengerusi PHNS, Mistam Taib, pihaknya mahu pihak berkenaan mengkaji semula garis panduan berkenaan lokasi pengusaha-pengusaha pusat peranginan di tepi sungai dan cerun bukit.

“Garis panduan perlu ada dan harus dipatuhi setiap pengusaha kerana ini melibatkan keselamatan bukan sahaja pengusaha sahaja tetapi keselamatan pengunjung.

“Kami telah berbincang dalam kalangan jawatankuasa peranan yang paling penting ialah dari pihak PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan di Kampung Telok Pelanduk di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Tambahnya, jika sebelum ini sudah ada garis panduan mungkin boleh ditambah baik mengikut keadaan sekarang.

“Kalau garis panduan jika sesiapa nak pergi tepi pantai atau apa-apa lokasi boleh sahaja dirikan khemah dan sebagainya di kawasan berkenaan,” tambahnya.

Jelasnya, walaupun homestay diiktiraf Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), tetapi garis panduan dan kedudukan dan tempat dengan bukit perlu diambil kira atas faktor keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI