fbpx

[VIDEO] Tar K-9 paling terlatih cari mangsa tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat

PETALING JAYA – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan kepakaran daripada Unit Anjing Pengesan (K-9) bagi operasi mencari dan menyelamatkan mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

APM menerusi satu hantarannya di Instagram berkata, pihaknya menggunakan kepakaran anjing pengesan dikenali sebagai anjing Tar yang berasal dari Holland bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan khidmat anjing pengesan (K-9).

“Operasi tanah runtuh kami menggunakan khidmat kepakaran daripada anjing pengesan (K-9) APM bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Anjing pengesan adalah amat penting dan sangat-sangat membantu dan berguna dalam operasi pencarian dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali,” jelasnya.

Tambahnya, anjing tersebut telah diiktiraf dan diluluskan untuk membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Selain itu, ia turut dilatih oleh International Rescue Organization (IRO) secara khusus sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan tepat untuk membantu mencari mangsa di tanah runtuh.

Kosmo! difahamkan terdapat tujuh ekor anjing pengesan pelbagai agensi menyelamat digunakan untuk membantu mencari mangsa tanah runtuh.- KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angkatan Pertahanan Awam (@mcdf.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI