fbpx

Wanita tular mati dibunuh mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil melihat mayat ibunya.

TAWAU – Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Champin Piuh mengesahkan wanita dipercayai dibunuh di Kampung Titingan malam tadi adalah mangsa samun.

Champin memaklumkan mangsa bersama anak perempuannya yang berusia satu tahun dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumah saudara untuk mengambil sayur.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai disamun sebaik sahaja tiba di lorong gelap. Dipercayai turut berlaku pergelutan sebelum mangsa dicederakan di leher menggunakan objek tajam.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada leher. Menurut keterangan saksi, beberapa barang kemas yang dipakai mangsa ketika ditemukan turut hilang,” katanya.

Mengulas lanjut, Champin memaklumkan mangsa adalah seorang warga asing berusia 30-an.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan usaha memburu suspek giat dilakukan. Sementara kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 24 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil melihat mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI