fbpx

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru – NUTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin pada sidang akhbar Majlis Pertukaran MoU antara NUTP dan Tech Insure Sdn. Bhd. di Banda Hilir, hari ini.

MELAKA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian terhadap beban tugas yang tidak relevan dengan profesion perguruan.

Jelas beliau, walaupun masalah itu telah lama disuarakan kepada Kementerian Pendidikan, namun tiada tindakan dilakukan.

“Beban tugas yang saya maksudkan adalah kerja-kerja yang tidak relevan, boleh kata segala-galanya gurulah yang perlu laksanakan.

“Beban tugas kini lebih bersifat pengkeranian yang menyebabkan masa bersemuka antara guru dan murid semakin mengecil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NUTP dan Tech Insure Sdn. Bhd. (A Tech) di sini, hari ini.

Tambahnya, peranan guru pada hari ini yang tidak lagi memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran diharap dapat diubah menerusi pembentukan jawatankuasa khas itu bagi mencari resolusi.

Dalam pada itu, mengulas keperluan dasar sedia ada diteruskan, Aminuddin berkata, NUTP menyambut baik keputusan Fadhlina yang sedia meneruskan dasar terdahulu.

Katanya, masalah besar yang dihadapi guru sebelum ini adalah apabila Menteri Pendidikan bertukar, akan berlaku juga perubahan dasar.

“Kita tidak mahu murid-murid yang seramai lima juta di negara ini dijadikan bahan uji kaji, mana-mana perkara baik diteruskan dan mungkin perlukan sedikit penambahbaikan.

“Sesuatu benda (dasar) mungkin baik semasa dilancarkan, tetapi seiring perubahan masa dan suasana, mungkin sedikit pelarasan perlu dibuat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI