fbpx

MAIS salur RM200,000 bantu laksana hakam di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhani Salwa menyerahkan replika cek sumbangan kepada Mohammad Adib, hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan sumbangan RM200,000 kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) bagi membantu pelaksanaan hakam di negeri ini.

Timbalan Setiausaha MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin berkata, sumbangan menerusi peruntukan Baitulmal itu bertujuan menampung segala kos berkaitan pelaksanaan fungsi, elaun dan tadbir urus hakam Selangor.

Menurut beliau, Jawatankuasa Hakam Negeri Selangor ditubuhkan oleh MAIS berdasarkan Kaedah 21, Kaedah-Kaedah Hakam Negeri Selangor.

“Jawatankuasa itu antaranya berfungsi mencadangkan pelantikan anggota Panel Hakam bagi menamatkan syiqaq (perselisihan) suami isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya.

“Selain itu, bertanggungjawab menasihati MAIS dalam menentukan perkara mengenai pelaksanaan hakam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Nurhani Salwa dan Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Ujar Nurhani Salwa, seramai 62 panel hakam telah dilantik setakat ini bagi mengendalikan kes perceraian dan pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

Tambah beliau, MAIS secara keseluruhannya telah menyumbang sebanyak RM700,000 tahun ini bagi membantu pelaksanaan itu.

“Kami berharap sumbangan itu dapat membantu pelaksanaan hakam bagi memastikan fungsi dan jawatankuasa tersebut dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI