fbpx

Tiada akta khusus, sukar pantau Airbnb di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - Foto RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Kerajaan negeri mengakui sukar untuk memantau operasi pengendali perkhidmatan hospitaliti dalam talian, Arrbnb kerana tiada akta khusus yang mewajibkan syarikat itu mendaftar dengan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ketiadaan akta menyebabkan banyak perkara berada di luar kawalan kerajaan negeri, terutamanya melibatkan aspek keselamatan pelanggan yang menginap di premis penginapan kendalian Airbnb.

“Selagi tiada akta, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa termasuk mewajibkan pengendali hospitaliti itu berdaftar.

“Pemantauan berkaitan keselamatan, insurans serta kebersihan di lokasi yang dijadikan Airbnb itu juga sukar dilakukan,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan dikemukakan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berhubung status pendaftaran Airbnb di Melaka.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Dr. Mohd. Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai usaha kerajaan negeri membantu hotel yang menghentikan operasi, Muhammad Jailani berkata, sebanyak 455 daripada lebih 500 hotel masih beroperasi ketika ini.

Katanya, statistik menunjukkan proses pemulihan industri perhotelan di negeri ini antara yang terbaik dalam negara.

“Kerajaan negeri sentiasa memainkan peranan menjadi penasihat dalam keputusan perniagaan tanpa mencampuri urusan dalaman mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI