fbpx

Pengawal keselamatan tertembak diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menemui sepucuk pistol berbentuk pen bersama sebungkus peluru di rumah mangsa. - Thaiger

BANGKOK – Seorang pengawal keselamatan sebuah lapangan terbang di wilayah Phetchaburi, Thailand maut akibat tertembak diri sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol ketika berada di rumahnya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Anggota-anggota dari Balai Polis Cha-am dan para petugas perubatan dari Hospital Cha-am bergegas ke rumah mangsa selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan menemui mayat pengawal keselamatan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Sookpreeda, 43, yang memakai pakaian seragam pengawal keselamatan terbaring dalam keadaan yang berlumuran darah di depan rumahnya.

Peluru itu didapati menembusi kening kanan mangsa, manakala polis menemui sepucuk pistol berbentuk pen bersama sebungkus peluru berdekatan dengan mayatnya.

Ibu Sookpreeda memberitahu polis bahawa keluarga itu sedang menonton televisyen di dalam rumah apabila mendengar bunyi tembakan diikuti suara jeritan daripada anaknya.

Dia dan suami bergegas untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati pengawal keselamatan tersebut sudah mati dan pasangan itu berkata bahawa anak mereka sedang bersiap untuk kerja syif malam di lapangan terbang.

Polis berpendapat bahawa Sookpreeda mungkin menundukkan badan untuk mengikat tali kasutnya sebelum pistol itu terjatuh dari poketnya ke lantai. 

Mayat mangsa akan dihantar ke institut perubatan forensik untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI